Pendidikan Maznah Hamid

Dr. Maznah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Alor Setar, Kedah. Beliau kemudiannya meneruskan pendidikan menengah rendah di Sekolah Menengah Ayer Hitam, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Linguistik di Pusat Bahasa, CML. Beliau adalah seorang “Self-Taught’ dan sentiasa bergiat aktif memperluaskan ilmu pengetahuan, kemahiran dan latihan praktikal di dalam dan luar negara sehingga kini dalam pelbagai bidang professional dan praktikal. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Diploma Administration Business Executive ( ABE )

2. Personnel Management ( Human Resource ) – Malaysian Institute Management (MIM)

3. Diploma in Personal and Personnel Management - Personal Development Leadership Corporations (PDL)

4. Excellerated Instructors’ Training & Corporate Education - Hawaii, USA

5. Business School For Entrepreneurs, USA

6. Business School For Investors, Singapore

7. Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York.

Prinsip pendidikan bagi beliau ialah kejayaan dan kecemerlangan seseorang bukanlah bergantung kepada ‘paper qualification’ dan ‘pengumpulan ijazah’ tetapi lebih kepada kepintaran dan kebijaksanaan seseorang mencari bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh ‘dipergunakan’ di kemudian hari di dalam pelbagai aspek kehidupan; kemudian mempraktikkannya untuk mendapat kecemerlangan dan kejayaan di dalam bidang kerjaya dan kehidupan pada masa depan dan sentiasa menjadikan 'belajar' sebagai aktiviti sepanjang hayat.

Rujukan

WikiPedia: Maznah Hamid http://www.womenforum.asia/KL/datuk-dr-maznah-hami... http://securiforcesdnbhd.blogspot.com/p/profile.ht... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.majalahniaga.com/senarai-unggul-8-guru-... http://ppkkm.com/securiforce-sdn-bhd/ http://www.hmetro.com.my/articles/2013012400334920... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&d... http://securiforce.com.my/portal/index.php/profile... http://www.securiforce.com.my http://www.sinarharian.com.my/personaliti/iron-lad...